Hadis Pertama
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (
bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (
balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya.
Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia
memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya,
maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Hadis Kedua
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Hadis Ketiga
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima (
pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan
bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan
zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "
Hadis Keempat
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW
telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar
dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu
dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik
air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian
seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian
diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan
diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya.
Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya
sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga
sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja.
Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir )
sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke
dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan
amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma
sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia
beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam
syurga itu. "
Hadis Kelima
" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah
bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu
dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari
Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : "
Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami,
maka ia adalah tertolak. "
Hadis Keenam
"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang
( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula
terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya )
yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya
dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang
melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam
pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram.
Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang
akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi
setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah
pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu
seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan
sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
Hadis Ketujuh
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW
bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : '
Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya,
RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '
Hadis Kelapan
Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : ' Aku
diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada
tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan
sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan
terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana
ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah
Ta'ala. '
Hadis Kesembilan
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka
hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan
hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa
umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta
pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.
Hadis Kesepuluh
Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya
Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik
sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama
sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah
berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan
kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai
orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami
berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang
seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu,
mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku !
Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan
pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang
haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. ' Sumber : http://sakinah.8k.com/artikel/hadis40.htm#2






0 komentar:
Posting Komentar